Belum ada akaun? Daftar percuma, di sini
Belum ada akaun? Daftar percuma, di sini
Sila
klik negeri pilihan untuk
lihat
info Wakil Negeri.
Baitul Barokah Wal Mahabbah (BBWM) yang bermaksud “Rumah Yang Berkat dan Berkasih Sayang” adalah sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi lebih 74 pelajar (42 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan), yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan di peringkat rendah dan menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dunia dan Akhirat.
Baitul Barokah Wal Mahabbah bernombor pendaftaran NS0081456-W telah memulakan operasinya pada bulan Mac tahun 2011 di No.1, Jalan 5E/7, Seksyen 5, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, khususnya pelajar perempuan menengah dan mempunyai cawangan di Lot 979, Jalan Burhan Kg. Giching Hilir, 43900 Sepang Selangor, bagi pelajar peringkat rendah tahap 1 dan 2.
Untuk sumbangan berbentuk wang ringgit, Tuan/Puan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Baitul Barokah:
MAYBANK
BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
No. Akaun:5628-3461-4558
Sebarang Pertanyaan, boleh berhubung dengan Urusetia;
Pn. Norlida Bt. Rasidi
| 010-5081997 / 012-2275393
Email : baitulbarokah@gmail.com
www.BaitulBarokah.org
~~~ Terima Kasih kepada semua PENYUMBANG ~~~
